Macam mana hari pertama berpuasa? Dah solat maghrib belum. Jom terawih.
Teringat waktu kecil kecil dulu, bila bulan puasa je mesti layan cerita Diari Ramadhan Rafique. Sampai sekarang lagu dia tetap dimainkan bila bulan Ramadhan😂 syoknya Ramadhan!!
Macam mana hari pertama berpuasa? Dah solat maghrib belum. Jom terawih.
Teringat waktu kecil kecil dulu, bila bulan puasa je mesti layan cerita Diari Ramadhan Rafique. Sampai sekarang lagu dia tetap dimainkan bila bulan Ramadhan😂 syoknya Ramadhan!!
💕 08 hari menuju 👉 RAMADHAN 1438H
Antara persiapan yang perlu dilakukan menjelang Ramadhan ialah :
1. Persediaan diri untuk berpuasa. Seminggu sebelum berpuasa kita dikehendaki mengurangkan kadar makanan kita dan lebihkan makan buah-buahan serta sayur-sayuran. Pastikan pembuangan air besar lawas.
2. Memahirkan diri dengan segala rukun, sunat, harus, makruh yang berkaitan dengan puasa pada Ramadhan, sunat tarawih dan lain-lain lagi.
3. Membiasakan diri bangun pada sepertiga malam untuk bertahajud, mendekatkan diri pada Allah. Sebagai persediaan membiasakan tarawih dan tahajud pada Ramadhan. Ramadhan adalah bulan rukuk dan sujud.
4. Memperuntukkan beberapa jumlah wang untuk dijadikan sedekah jariah dan zakat fitrah. Bagi mereka yang sudah akil baligh, maka belajarlah membayar zakat fitrah sendiri.
5. Rancang strategi tersusun untuk memperbanyakkan hafalan, bacaan, tadabbur, tadarrus al-Quran.
6. Melatih dan membentuk diri bersifat mahmudah, sifat terpuji seperti sabar, membanyakkan senyuman kepada sahabat dan kerabat. Merendam sifat mazmumah, sifat keji seperti memfitnah, mengumpat dan mengata orang. Kurang bercakap lagha (merapu), tidak berbahasa lucah, kotor dan keji.
Oleh itu, dengan persediaan ini kita sematkan azam masing-masing untuk mencantikkan dan sempurnakan amalan fardu yang wajib dan membanyakkan amalan sunat pada Ramadhan.
Bismillah..
Subhanallahil Adzim Subhanallah Wa Bihamdihi
Astaghfirullahal Adzim..
Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat
La ilaha illallah....
Muhammadur Rasulullah ..
Allahumma Solli 'Ala Sayyidina
Muhammad Wa'ala Ali Sayyidina Muhammad...
Sekepal tangan..
ku memohon keAmpunan
Dari seluruh anggota zahir batinku
Hujung Rambut sehigga kaki
Sehamparan bumi Pengharapan
Pada mu Ya Allah
Selain aku
Hanya Engkau yang tahu
Segumpal daging hanyir
Telah tercampak dari neraka
Telah tersisa di hati
Selain aku
hanya Engkau yang tahu
Selaut doa kudus
Dan selembar keinsafan
ku panjatkan ke hadapanMu
kerana aku tak ingin terus
Menghidu bauan beracun
Yang memakan diri sendiri
Dari sepohon dosa ini.
Ingatkan lah aku Ya Ilahi
Kami……
Hanyalah setitik debu hina
Yang rapuh dan tak luput
Dari kesalahan serta dosa
Tersadar didalam gelisah
Setelah begitu jauh melangkah
Setelah kami telah tersesat arah
Setelah terlalu lama terlena
Akan kenikmatan nafsu duniawi
Mungkinkah mengelupas dari tubuh
Kotoran-kotoran…
Yang telah mendarah daging menjadi satu…
Doa dari ku yang hina
Semoga terkabul keinsafan
Bertandang atas hidayah
Petunjuk mu
Semoga engkau mengampuni dosa-dosa kami Ya Allah Ya rahman Ya rahim
Aamiin ya Allah
Percayalah.
Ia berisiko tinggi untuk dipecahkan, diluluhkan, dihampakan dan dikecewakan.
Tetapi bila awak bawa hati tu 'fully' bagi pada Allah, walau Allah bagi manusia dan seisi dunia pada awak.
Takkan sesekali remuk hati itu.
Sekalipun ia remuk, Allah akan cepat-cepat baiki menjadi hati yang salim.
Tenang dan damai. Walau ia digoncangkan dengan ujian sehebat apapun.
Kerana iman tetap yakin, Allah Maha berkuasa atas segalanya.
Maha mengawal, memberi, menarik, memuliakan, menyucikan, menenangkan, memberi jalan keluar pada semua permasalahan.
Alhamdulillah, segala rasa syukur pada-Mu Ilahi.❤
Terbanglah jiwa...
Terbanglah rasa ke istana kesucian Al Qudsiyah
Bersayapkan ikhlas berbulu pelepahkan kehambaanmu
Mengepaklah ke langit kepasrahan tujuan
Kerinduanmu tak terbendung lagi ingin mendakap cahaya keindahan sang kekasih
Bebaslah...
Bebaslah segala sengsara...
Kepada asalmu terbanglah melepaskan rindu terpendam lama
Rungkai ikatan ketanahanmu dalam penafian, dan isthbatkan kebenaran Tuhanmu meliputi
Lemparkan segala bebanan...dan terbanglah dengan lebur kekosongan
Namun engkau tak akan bisa bebas dari sangkar kurunganmu, andai di hatimu masih bersisa keraguan-keraguan akan Tuhanmu
Engkau harus memotong tali-temali keduniaan yang bersarang di hatimu itu tanpa bersisa dengan penafian yang yakin
Engkau harus meleburkan keakuanmu yang berilusi dalam persangkaan itu
Selagi ujud keakuanmu maka jangan engkau bermimpi untuk terbang..melangkah setapak pun tak akan mungkin
Pecahkan rahsia dirimu, baru terungkai segala maksud dan makna...siapa engkau siapa Dia dan apa muslihat cerita bersandiwara...selagi engkau dalam sangka dan berteka-teki maka di situlah engkau berputar tanpa ada jalan keluar
Fahami maksud "Insan itu rahsiaKu, dan Akulah rahsia itu, dan barang siapa mengenal dirinya maka mengenallah akan Tuhannya"
Selagi tiada terpecah rahsia dirimu maka selagi itulah engkau terselubung dalam hijab keakuan dirimu dan tertutupnya rahsia keagungan wajah keindahan Tuhanmu.
Maka...siapa yang bersungguh-sungguh pada jalan Tuhannya pasti ia akan di tunjuki dan barangsiapa yang hanya bersangka-sangka tanpa bukti suluhan kebenaran, maka amat malang dan merugilah ia.
Sayang,hari hari terakhir kau akan pergi meninggalkanku,kita sempat bermain di tepi tasik bersama.Aku tahu kau paksa diri mengukir senyum,walau waktu itu kau sedang menahan sakit.Kau tak mahu aku bersedih,dan tak ingin aku terasa sakitmu itu.Namun kau juga harus tahu,aku juga tersenyum disebalik semua kepedihan ini.
Sayang,tiba satu pagi.kau tak mampu lagi bangun.Dan pandangan matamu mula kabur.waktu itu dengan suara yang terlalu perlahan kau memanggilku,memintaku dukung ke beranda.
"Sayang,matahari telah terbit.Ia cantik,secantik kamu." Aku bohongimu.Bukan kerana tak kasih padamu.Tapi,saja aku tak mahu kau tinggalkan tangis untukku.Namun aku bukan batu yang bisa menangkis derai hujan.Apa lagi pada mainan manik jernih yang tumpah ke tebing pipimu.Tatkala ia berderai ditubir matamu,tanpa sedar mataku kabur.Rasa bagai ditabur pasir.Pedih,menempuling ulu hatiku.Aku menangis!!
Kau memandang kearahku pabila terasa ada titis airmata yang jatuh ke atas mukamu.kau cuba bukakan mata namun tak berdaya.Aku tahu,kau tak mampu lagi melihat aku.
Aku memelukmu lembut.Kemudian aku menyentuh alis keningmu yg tipis.Kau mendongak,lalu aku kucupi dahimu.dengan kucupan mesra seperti kali pertama aku kucupinya pada hari pertama aku memilikimu dulu.
Kita diam sejenak,merasa dingin pawana pagi yang singgah cumbui wajah mulusmu.Kaulah yang tercantik dalam hidupku.Kau juga yang pertama aku pandang tiap tidur dan bangunku.
Aku mendukungmu masuk semula,Aku baringkanmu diatas sofa.Setelah itu,aku siapkan sepotong chiffon kek perisa vanilla yang kau gemari.Aku suapkanya dengan manja pada mulutmu.Ulas bibirmu yang merah,dahulunya selalu ku usap dan picit kini mula pucat.Pudarnya bukan pada sentuhan kasih sayangku,tapi tanda illahi sedang mula memanggilmu pulang.
Sekali lagi aku menitiskan airmata.Namun tak ku sesal.seusiamu bersamaku,aku tak pernah lupa menyayangimu.Kau adalah yang teristimewa bagiku.Selalu ada ku bawa bersama,seperti udara yang selalu ada dalam nafasku.
"Jangan menangis sayang."aku rasakan seolah olah kau berkata padaku,walau sebenarnya kau tidak lagi bersuara.Dari gerakkan dan cara kau mendongak aku fahami kau cuba katakan sesuatu.Genggaman erat tanganmu tadi,terlepas pada jemariku.Saat itu juga,Aku memelukmu erat.Kau telah pergi selamanya.
"Aku sayang padamu." kucuba rapatkan bisikkan pada cupingmu.
#hanya kenangan
#Nukilan tuk kucing kesayangan
Biarkan saja makna mimpi ini tak tertafsirkan
Kerana engkaupun masih belum mahu bangun, mana mungkin engkau yang sedang bermimpi menyadari bahawa engkau sebenarnya sedang bermimpi
Biarkan saja ayat suci itu terpendam rahsia hikmah pedomannya
Kerana engkaupun tak ingin meminum hikmah dari piala Yang Maha Benar
Kesayikanmu memuja bayangan dalam angan tak sudah, dan lupanya engkau untuk melihat maksud serta tujuan kedatanganmu juga keenggananmu mencari pedoman yang hilang dari jejakmu berjalan di alam gambaran ini
Biarkan para fakir itu dengan syair cinta maknawinya...pedulikan mereka yang telah berseteru dengan dunia, dan memutuskan belenggu hawa nafsu keduniaan lalu memilih jalan cinta kerana rindu kepada kekasihnya..
sedang engkau tak mungkin ingin melepaskan nafsu duniamu kerana hasutan ragu telah merendang di taman hatimu
Pergilah engkau belayar sejauh mungkin dalam alunan samudera mimpi kahayalmu..dan lewati saja jalan-jalan kebenaran itu kerana engkau mengangap maya inilah kenyataan dan tempat bersuka ria mencari keseronokan.
Penuhkan mukamu dengan topeng kepura-puraan, dan carilah kemegahan-kemegahan dan sanjungan-sanjungan dunia, kerana itulah tujuanmu berhidup dalam nafsu yang tak mengenal kepuasan.
Tiadalah lagi berguna sebarang peringatan, kerana tertutupnya pintu hatimu dari menerima seruan kebenaran; kerana tebalnya keegoan dan kesombonganmu yang merasa darjat dirimu lebih mulia dan tak perlukan sebarang kata nasihat dan peringatan lagi.
Dari tinta lidah kebenaran
Menjelang malam
Tika topengmu dibuka
ku ihat tipudaya sarat
Tergantung di wajah
Antara senyum sembilu
Tajam menusuk bicara
kiranya antara kita
Terlalu berbeza zahirnya
Meski kita
saudara sedarah sedaging
sumpah keramat moyang
pantang diderhakai
lupakah kau suatu waktu
Pernah kita sama membajai
Segenggam tanah bertuah ini
Dengan benih ketulusan
Jangan biarkan
Topengmu menutup hati nurani
Egomu merungkai keakraban
Dan lidahmu menyelar kesopanan
kerana aku tak ingin sengketa
Menusuk atau ditusuk oleh keris sepuh Saudaraku sendiri
Dasar si pelupa....
yang tidak sedarkan diri dan tidak cuba Menyedarkan diri dari kelekaan..
Yang menunggu masa untuk menghempap Mereka laksana buah kelapa yang menimpa Kepala dari atas pokok....
Cukupkah hanya kita sekadar menonton sketsa kehidupan ini tanpa cuba melakukan Perubahan, ketika lawak kita ketawa, ketika Sedih kita menitiskan air mata tanpa bertempat
Ketika pengakhirannya gembira kita melahirkan Rasa kesukaan, padahal nasib kita dikemudian Hari menangis tidak bersepi akibat bius yang Cukup mengkhayalkan ini.
Bukalah topeng kepalsuan
Agar terbuka segala pintu
Kegelapan yang menyelubungi
Dirimu..
#SALAMKEMAAFAN
" macam mana study ?"
" macam tak ada harapan nak score. "
" susah ?"
" ... "
" baca al mathurat tak before study ? "
" tak. lupa. "
...
hanya kerana sesuatu yang manusia pandangan tinggi, kita tinggalkan pandangan Allah pada kita.
terlampau senak fikir macam mana nak score subject sebab takut parents malu kalau kita tak lulus, sampai lupa yang menuntut ilmu asalnya niat kena Kerana Allah, bukan Kerana Nak Score.
busy 24/7 days untuk study.
siapkan tugasan yang diberi sampai lupa, Allah lebih utama.
masa kita terlampau busy untuk tu.
tiba tiba, one day Allah uji kita dengan apa yang kita suka.
study.
Allah tarik minat kita untuk study, and bila dah sampai tahap tu, baru kita sedar yang Allah nak kita kongsi masa yang Dia bagi kat kita, untuk Dia jugak.
solat.
zikir.
baca al quran.
doa'.
pergi majlis ilmu.
masa kita terlampau fix untuk study sampaikan Allah kita abaikan.
bro sis semua, dengar ni. rezeki tu milik Allah. ya, memang betul Allah kata dalam al quran, usaha. tapi, jangan lah berusaha punyalah gigih sampai Allah kita sisih.
ya, Allah akan beri mengikut usaha kita, and Allah jugak boleh halang kita daripada nak berusaha.
k faham ke ?
maksud saya, Allah pun boleh bolak balikkan hati kita untuk rasa malas nak usaha. so, untuk elakkan perkara ni jadi kat kita, kita kena jaga hubungan dengan Allah.
sebab apa ?
sebab, orang yang jaga hubungan dengan Allah akan ada rasa takwa. and, rasa takwa ni yang akan bantu kita untuk berusaha menuntut ilmu.
why rasa takwa ni membantu ?
jawapan dia sebab, orang yang bertakwa pada Allah, dia akan buat apa yang Allah suka and tinggalkan apa yang Allah tak suka.
so, bila kita bertakwa kepada Allah, kita akan tahu yang Allah suka orang yang menuntut ilmu sampaikan direkodkan dalam hadis yang orang yang menuntut ilmu akan dipermudahkan jalannya untuk ke syurga.
Allahu.
betapa besarnya tittle kita sebagai student.
tapi ingat, ada 2 tittle student yang kita kena tahu.
1. BKA
2. BKD
Apa benda BKA ngan BKD ni ?
1. BKA = Belajar Kerana Allah.
2. BKD = Belajar Kerana Dunia.