Menjelang malam
Tika topengmu dibuka
ku ihat tipudaya sarat
Tergantung di wajah
Antara senyum sembilu
Tajam menusuk bicara
kiranya antara kita
Terlalu berbeza zahirnya
Meski kita
saudara sedarah sedaging
sumpah keramat moyang
pantang diderhakai
lupakah kau suatu waktu
Pernah kita sama membajai
Segenggam tanah bertuah ini
Dengan benih ketulusan
Jangan biarkan
Topengmu menutup hati nurani
Egomu merungkai keakraban
Dan lidahmu menyelar kesopanan
kerana aku tak ingin sengketa
Menusuk atau ditusuk oleh keris sepuh Saudaraku sendiri
Dasar si pelupa....
yang tidak sedarkan diri dan tidak cuba Menyedarkan diri dari kelekaan..
Yang menunggu masa untuk menghempap Mereka laksana buah kelapa yang menimpa Kepala dari atas pokok....
Cukupkah hanya kita sekadar menonton sketsa kehidupan ini tanpa cuba melakukan Perubahan, ketika lawak kita ketawa, ketika Sedih kita menitiskan air mata tanpa bertempat
Ketika pengakhirannya gembira kita melahirkan Rasa kesukaan, padahal nasib kita dikemudian Hari menangis tidak bersepi akibat bius yang Cukup mengkhayalkan ini.
Bukalah topeng kepalsuan
Agar terbuka segala pintu
Kegelapan yang menyelubungi
Dirimu..
#SALAMKEMAAFAN
No comments:
Post a Comment