Tuesday, May 16, 2017

biarkan Sahaja

Biarkan saja makna mimpi ini tak tertafsirkan
Kerana engkaupun masih belum mahu bangun, mana mungkin engkau yang sedang bermimpi menyadari bahawa engkau sebenarnya sedang bermimpi

Biarkan saja ayat suci itu terpendam rahsia hikmah pedomannya
Kerana engkaupun tak ingin meminum hikmah dari piala Yang Maha Benar
Kesayikanmu memuja bayangan dalam angan tak sudah, dan lupanya engkau untuk melihat maksud serta tujuan kedatanganmu juga keenggananmu mencari pedoman yang hilang dari jejakmu berjalan di alam gambaran ini

Biarkan para fakir itu dengan syair cinta maknawinya...pedulikan mereka yang telah berseteru dengan dunia, dan memutuskan belenggu hawa nafsu keduniaan lalu memilih jalan cinta kerana rindu kepada kekasihnya..
sedang engkau tak mungkin ingin melepaskan nafsu duniamu kerana hasutan ragu telah merendang di taman hatimu

Pergilah engkau belayar sejauh mungkin dalam  alunan samudera mimpi kahayalmu..dan lewati saja jalan-jalan kebenaran itu kerana engkau mengangap maya inilah kenyataan dan tempat bersuka ria mencari keseronokan.

Penuhkan mukamu dengan topeng kepura-puraan, dan carilah kemegahan-kemegahan dan sanjungan-sanjungan dunia, kerana itulah tujuanmu berhidup dalam nafsu yang tak mengenal kepuasan.

Tiadalah lagi berguna sebarang peringatan, kerana tertutupnya pintu hatimu dari menerima seruan kebenaran; kerana tebalnya keegoan dan kesombonganmu yang merasa darjat dirimu lebih mulia dan tak perlukan sebarang kata nasihat dan peringatan lagi.

Dari tinta lidah kebenaran

No comments:

Post a Comment