Sayang,hari hari terakhir kau akan pergi meninggalkanku,kita sempat bermain di tepi tasik bersama.Aku tahu kau paksa diri mengukir senyum,walau waktu itu kau sedang menahan sakit.Kau tak mahu aku bersedih,dan tak ingin aku terasa sakitmu itu.Namun kau juga harus tahu,aku juga tersenyum disebalik semua kepedihan ini.
Sayang,tiba satu pagi.kau tak mampu lagi bangun.Dan pandangan matamu mula kabur.waktu itu dengan suara yang terlalu perlahan kau memanggilku,memintaku dukung ke beranda.
"Sayang,matahari telah terbit.Ia cantik,secantik kamu." Aku bohongimu.Bukan kerana tak kasih padamu.Tapi,saja aku tak mahu kau tinggalkan tangis untukku.Namun aku bukan batu yang bisa menangkis derai hujan.Apa lagi pada mainan manik jernih yang tumpah ke tebing pipimu.Tatkala ia berderai ditubir matamu,tanpa sedar mataku kabur.Rasa bagai ditabur pasir.Pedih,menempuling ulu hatiku.Aku menangis!!
Kau memandang kearahku pabila terasa ada titis airmata yang jatuh ke atas mukamu.kau cuba bukakan mata namun tak berdaya.Aku tahu,kau tak mampu lagi melihat aku.
Aku memelukmu lembut.Kemudian aku menyentuh alis keningmu yg tipis.Kau mendongak,lalu aku kucupi dahimu.dengan kucupan mesra seperti kali pertama aku kucupinya pada hari pertama aku memilikimu dulu.
Kita diam sejenak,merasa dingin pawana pagi yang singgah cumbui wajah mulusmu.Kaulah yang tercantik dalam hidupku.Kau juga yang pertama aku pandang tiap tidur dan bangunku.
Aku mendukungmu masuk semula,Aku baringkanmu diatas sofa.Setelah itu,aku siapkan sepotong chiffon kek perisa vanilla yang kau gemari.Aku suapkanya dengan manja pada mulutmu.Ulas bibirmu yang merah,dahulunya selalu ku usap dan picit kini mula pucat.Pudarnya bukan pada sentuhan kasih sayangku,tapi tanda illahi sedang mula memanggilmu pulang.
Sekali lagi aku menitiskan airmata.Namun tak ku sesal.seusiamu bersamaku,aku tak pernah lupa menyayangimu.Kau adalah yang teristimewa bagiku.Selalu ada ku bawa bersama,seperti udara yang selalu ada dalam nafasku.
"Jangan menangis sayang."aku rasakan seolah olah kau berkata padaku,walau sebenarnya kau tidak lagi bersuara.Dari gerakkan dan cara kau mendongak aku fahami kau cuba katakan sesuatu.Genggaman erat tanganmu tadi,terlepas pada jemariku.Saat itu juga,Aku memelukmu erat.Kau telah pergi selamanya.
"Aku sayang padamu." kucuba rapatkan bisikkan pada cupingmu.
#hanya kenangan
#Nukilan tuk kucing kesayangan
No comments:
Post a Comment